Sunday 20 October 2013

impianku - part 3

20/10/2013 - satu tarikh yg paling best....kenapa? haa....bermulalah alkisah pertemuanku dgn Raja K-pop Malaysia dan Ratu Etnik Malaysia....iaitu Dior dan kak Noraniza Idris....hari ni merupakan pertemuan ketiga antara saya dgn Dior dan pertemuan pertama antara saya dgn kak Ani....
Oklah...xnak berceloteh panjang saya terus pd cerita bagaimana pertemuan terjadi....selepas habis kelas di OUM terus ke Plaza Pelangi.....sampai je mata saya terus meliar mencari kelibat Dior....namun belum kelihatan....hurmm..lain yg dicari lain pulak yg ternampak..iaitu kelibat kak Noraniza Idris sedang duduk berbincang ttg kerja....dah beberapa minit  duduk dpn stage yg grand barulah ternampak kelibat Dior....apa lagi..terus serbu dan bagi salam kat Dior.....dgn adanya Samsung Galaxi Tab ditgn saya..mulalah jari jemari saya menjlnkan tugasnya iaitu snap n snap n snap......sekitar jam 1.45 / 2 pm Dior memulakan persembahan dgn menyampaikan 3 buah lagu iaitu Gangnam Style, Mujogon dan Sampai Ke Lantai......citer ttg lagu Sampai Ke Lantai ni.....ada citernya....begini : Dior telah mengundang 5 org peserta utk menjadi penari latarnya.....salah seorangnya ialah saya......hadiah yg saya dpt haa...klu nak tau bolehlah  tgk pic kat instagram saya iaitu @tati1604 atau di facebook saya Atie M Salleh.....hadiah tu telah disampaikan sendiri oleh Dior...
hurmmmm....nampaknya citer ni xpanjang sgt.....so sebelum saya menutup tirai citer ni....ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Dior kerana sudi mengundang saya dan melayan kerenah saya yg gedik dan bayak songeh ni....hehehee.....xlupa juga pada kak Ani kerana sudi bergambar....pertemuan ini xakan saya lupa selama-lamanya......:)

"TERIMA KASIH DAUN KELADI,
INSYAALLAH ADA REZEKI KITA BERTEMU LAGI :)"

Sekian.....assalamualaikum n selamat malam :)

Wednesday 24 April 2013

peristiwa manis

SP1M semua..
ada satu citer best nak share.....
peristiwa ni berlaku 23/4/13..baru jerk....tersebutlah alkisah
pd hari tu saya sdg duk2 berehat kat bilik sambil fikir2 apa nak buat..tetiba teringat ada artikel nak dikerat dr majalah sebelum ianya dijual....saya pun buatlah keje tu...tetiba terdengar sesuatu jatuh bedebuk kat verandah rumah..ayah saya naik dan bertanya
abah : atie..ok ke?
atie : ok bah...xde apa2
abah : habis ada bunyi benda jatuh
atie : entah...ti pun xtau...nak pagi tgk jap
saya pun pegi tgk...tetiba ada haiwan sebesar kucing jatuh dari siling bumbung rumah dpn mata saya...berderau darah dan menggigil dibuatnya..nasib xpengsan..saya pun terus kejar dia tapi sampai bila nak main kejar2....biarlah dia....warna haiwan tu kelabu dan ekor pendek berbelang hitam...mukanya comel mcm kucing..saya pun tanya kat mak saya
atie : tadi ti ada nampak haiwan yg besarnya mcm kucing ekor belang2..
mak : musang tu
atie : ye ke mak... xpernah tgk pun..mungkin jenis musang yg kecik kot
mak : agaknya..
atie : hurmm..
selepas tu saya masuk bilik dan nasib ada air...sebelum tu saya basuh muka pas tu baru minum air utk hilangkan perasaan terkejut dan gigil tu..
dlm hati haisy..bertuah punya musang....huh :/
oklah...setakat ni dulu citer saya..klu ada lagi saya update  :) <3

Sunday 24 February 2013

aktivitiku di Open University Malaysia (24/2/2013

hellllllloooooo.....annyong :)
hurm...dah lama xupdate blog....klu ada citer baru update klu xde haa..xdelah jwbnya...oklah ...hari ni nak citer apa yg berlaku kat OUM siang tadi..

12 pm : bertolak dr rumah utk ke kelas...saja dtg awal...

12.20 pm.. kelas bermual sampai pukul 2.20 pm...pas kelas terus lepak n mkn kat cafe sementara tunggu pukul 3 pm utk ambik voucher....
In between kebetulan pihak OUM ada menganjurkan jamuan CNY...apa lagi student n lecturer pun join sekali termasuk saya.....makan lagi...hurm muka boleh jadi montel dibuatnya....yg bestnya pertama kali saya merasa mkn 'yi sang' which sebelum gaul mereka akan tuangkan madu keatas makanan tersebut...so adalah rasa manis...(sorrylah...xsnap pic sbb xbawa my lovely SGT hehe..)

3 pm : kaunter utk ambil voucher dibuka then after ambik voucher saya naik tingkat 2 dan lepak kat sana with my friend...sementara tu jenguk2 buku.....

4.30 until 6.30 pm kelas utk subjek internatioanal business pun bermula

7 pm reach home, n now having dinner n facebooking n twittering n updating blog...

hurm...pendeknya citer....xpe....next time klu ada lagi citer saya update lagi ya... <3 saranghaeo <3 :)

Monday 7 January 2013

ada cinta dihatiku

Illusiku yang ke-2 :

D,
Izinkan aku berbicra sepi dan anggaplah ia sebagai kehadiran diriku.
aku tidak pernah menyesali dengan erti sebuah pertemuan antara kita. Setelah betemu itulah aku telah singgah bersama-sama, menghias kenangan semalam sehinggakan aku menjadi cemburu untuk kehilangan dirimu.
Tidak keterlaluan aku berani menyatakan, kau yang pertama dan kau yang terakhir.
Segala pahatan cinta tersemat dilubuk hati dan kau sanggup membenteng diri untuk mendepani hari-hari mendatang.
Kata janji manismu semuanya telah dimeterikan penyaksian rembulan.
kadangkala apabila aku terpaksa bersendirian untuk sementara, sudah mencuit kelopak mata untuk menangisi walaupun seketika.
Sayang, jangan sesekali kau lukakan hatiku kerana aku bersumpah tidak akan menerima jejaka lain sekiranya kau pergi membiarkan aku sendiri
Akulah perindu sepi pada segala yang mungkin....dan selalu ternanti-nanti kau datang dengan sebentuk cincin.
Aku tidak ingin menyendiri kerana ku telah menjumpai cinta yang abadi.
Dipantai sana, diebuah batu telah kutulis namamu, sebagai lambang kasih kita, biar sesiapa sahajayang menyusur tepian pantai tahu, kita telah berpadu.
untuk coretan terakhir ini marilah kita kutip salam sayang yang sedang memiliki hati kita.


pernyataan rindu yang membungkam

assalamualaikum, hai, annyong semua,
harap anda semua ok2 ya..ari ni nak berillusi pulak...asyik kisah benar je...nilah postnya :

Selama kau pergi sudah terlalu banyak bait syair dan puisi dari suara hati telah ku rakamkan. Ia bermula dari babak asmara dan saat2 indah yg  telah kita lalui dan tempuhi suatu waktu dahulu.
 Setiap kali aku merenung kembali kenangan itu, ada rindu di hati berbau gembira tersedakkan duka pilu.
 Peristiwa pada bulan September itu adalah kenangan  yang memulakan sejarah indah dalam kehidupanku. Tanpa disangka-sangka petemuan yang singkat itu telah mengheret kemesraan yang terlalu panjang antara kita. Walaupun ketika ini heretan itu terhenti, namun aku masih pasrah, kau akan menjulangnya hingga sampai ke destinasi.

Ketahuilah sayang, betapa teguhnya hati dan harapanku dan hidup ini amat penuh erti kasihnya padaku.

Setiap kali aku menjelajah senja yang sering berlabuh, aku bagai merasakan kau berada di sebelahku sambil memerhati helang petang pulang berpasangan.
Aku terpukau dengan pasangan alam seperti itu dan lahir perasaan cemburu. Pernah juga aku cuba melambai-lambai tangan pada warna-warna senja yang indah dan ia melambai semula mewakilimu. Aku menjeri kuat2 pabila senja berkata dia tidak boleh menunggu kerana malam sedang bersiap-siap untuk menyerkup alam.
Aku berpesan pada angin bayu yang lalu, kalau terlihat bayanganmu, usapkan doa sayangku. tetapi angin berpesan supaya berkirim rindu pada malam nanti.
Nampaknya malam datang begitu sepi, akku erba salah untuk menanti dan memberi kiriman hati.
Apa harus kubuat sedangkan cinta padamu tidak mahu lena, walau waktu sudah lenguh untuk menunggu di persada.
Inilah saja caranya untuk aku menembusi tembok rindu dan aku harap dapat kau menikmati tulisan ini ebagai ulam pada yang rindu.......di gerimis malam.