Friday 16 March 2012

aktiviti seharian dirumah

assalamualaikum & annyonghasaeo,
drp sehari ke sehari nak update blog ni ta p xberkesempatan sbb bizi dgn buat assignment...so sekarang dah ada peluang apa lagi...jari jemari terus menjalankan tugasnya...haaa..ari ni aku akan cerita ttg apa yg aku lakukan setiap hari dirumah dr pagi sampailah aku tidur...almaklumlah..aku ni xkeje so dok diam2 jelah kat rumah...setiap hari aku akan bgn pada pukul 7.30 pagi .Bgn je pagi2  switch on laptop dan online kat facebook  serta twitter...balas komen kwn2 dan juga main farmville.Pukul 8.30 pagi / 9 pagi aku akan turun kebawah dan mandikan mak aku..maklumalah mak aku dah uzur dan hampir semua kerja dah boleh buat sendiri..hanya aku yg dia harapkan.Kdg2 klu dah setiap hari camtu stress juga aku dibuatnya.Selepas tu aku akan bersarapan pagi bersama-sama sambil menonton tv.selepas tu aku akan basuh pinggan dan masukkan baju yg kotor kedalam mesin basuh...klu maid dtg kerumah hurmm jwbnya aku xbuat semua tu..dia yg akan buatkan...lebih kurang dr jam 11 pagi aku akan tercongok dpn laptop sampailah waktu tidur..Tapi lain pulak pada hari Ahad sbb  waktu tu aku akan ke OUM utk menghadiri kuliah.Begitulah serba sedikit ttg roda kehidupanku yg berputar setiap hari..ada masa aku kat bawah ada masa aku kat atas..

Wednesday 14 March 2012

impianku

Setiap insan pasti mempunyai impian masing2. Begitu juga dgn aku. Nak tau apa dia? Haaaaa...jom baca cerita selanjutnya. Puncanya dr laman sosial myspace yg pertama aku buat pada thn 2008...adalah dlm 30 orang kawan dan dua orang daripadanya merupakan artis terkenal. Entah macam mana aku buka salah satu profile artis ni..wah..ada facebook juga artis ni...lalu pada tahun 2009 aku pun buat lagi satu akaun iaitu facebook lalu add 2 orang artis ni dan juga kwn2 yang lain hingga sekarang. Pada mulanya aku ingat artis ni berbangsa cina rupa2nya melayu. Kami pun mula berkenalan. Bila dah 3 tahun berkenalan dan berkawan, aku mula suka padanya. Nak jadikan citer pada suatu malam aku mimpi bertemu dgn artis ni. Aku berharap sangat2 agar suatu hari nanti aku akan bertentang mata dengannya. Kalau nak tau siapa artis ni... itulah dia Mohd Shahril Shaari atau nama glamour beliau ialah Dior..Bila aku citer pada dia tentang mimpi aku kat dia, dia nak sgt2 jumpa dgn aku tapi mcm2 alasan aku beri..Nasib baik Dior ni jenis yg memahami...Itu yng buat aku syg sgt2 kat dia....Suatu hari aku dh pecah rekod...Alhamdulillah tanggal 29/9/2011 aku bertekad utk ke KL dan akhirnya mimpi aku utk berjumpa dengan Dior jadi kenyataan. Aku berasa sungguh gembira xterkata. Aku berterima kasih pada Dior dan BabyNurul Ain yg telah bersusah payah menjemput aku ke majlis harijadi Dior...Aku tak akan lupa saat2 indah ni sampai keakhir hayatku. Semoga berjumpa lagi ya. :)

aktivitiku di KL

29//09/2011(Khamis)
0900 am ~> bertolak ke KL dgn menaiki bas transnasional dr terminal Larkin.
1330 pm ~> sampai di Terminal Bersepadu Selatan dan terus menuju ke OUM.
1730 pm ~> pulang kerumah sepupuku di Templer
2000 pm ~> menuju ke Station One Cafe di Pandan Indah.

30/09/2011 (Jumaat)
0530 am ~> bersiap utk ke OUM dan sarapan pagi.
1730 pm ~> pulang kerumah, mandi, rehat dan tidur

01/10/2011 (Sabtu)
0900 am ~> mengambil ibu saudaraku dan menuju ke masjid utk menghadiri kelas tambahan pelajar   
                    sekolah rendah.
1130 am ~> jamuan sempena hari raya
1200 pm ~> hantar ibu saudaraku pulang dan pulang kerumah sepupuku. kemas brg utk kerumah bapa
                    saudaraku pula.
2000 pm ~> sampai dirumah terus rehat, mandi dan tidur.

02/10/2011 (Ahad)
0930 am ~> bertolak ke Pahang
1430 pm ~> sampai dirumah kwn bapa saudaraku, mkn tghari dan buat lawatan ke ladang kelapa sawit.
1630 pm ~> bertolak balik ke KL.
2130 pm ~> sampai KL terus pegi mkn mlm di sebuah restoran di Kg Sg Penchala. balik pack brg utk my
                     mum.

03/10/2011 (Isnin)
0600 am ~> bersiap2 utk pulang ke JB
0630 am ~> menuju ke Terminal Bersepadu Selatan dan sarapan disitu.
0730 am ~> menaiki bas transnasional utk ke JB.
1130 am ~> sampai di JB dan terus pulang kerumah.