Sunday 30 December 2012

Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri

assalamualaikum, annyong n hello semua,
kali ni saya nak tulis ttg satu citer yg baru saya tgk first time kat TV1 pukul 2 ptg tadi...citer bangsawan...tajuknya punyalah panjang iaitu "CINTA PUTERI MEKAR MEWANGI LAYU TAK BERSERI". tuu diaa.....

Pelakon2nya dah tentu Dior sebagai sultan, Mardiana Alwi sebagai Tun Kudu dan ramai lagi...nak senaraikan xingat...lagi pun takut nanti tersalah taip nama dan watak yg dibawa..xpasal2 kena marah....
jln citer, dialog dan watak2 yg dibawa mmg tersgt-sgt best dan pelakonnya juga xkurang hebatnya...

Dari awal sampai part yg pertengahan best & kelakar pun ada...tapi bila part dimana sultan mengambil keputusan utk melepaskan tun kudu dan menceraikannya dgn talak tiga (end of the story) hati saya jadi sebak, nangis berserta air mata yg dah mula jatuh berderai seolah olah saya berada dlm situasi tersebut....haisy....

Yg bestnya sempat jugak saya ambik beberapa pic guna Samsung Galaxy Tab saya...akan dishare kat fb, twitter n yg baru saya install instagram(baru nak berjinak-jinak..hehe)..

oklah..setakat ni dulu citer saya....saya akhiri dgn pantun 2 rangkap

bgn tidur diawal pagi,
klu ada akan update lagi

12 + 1 = 13
selamat thn baru 2013

:)





Wednesday 26 December 2012

imiginasi gadis A & jejaka D

Assalamualaikum n hello....
Yoohoo.....dah lama xhapdate blog sbb xde idea nak post kat blog + bizi dgn study.....hehe..oklah mlm ni saya nak tulis satu imiginasi ttg cinta gadis A dgn jejaka D...mcm ni :
Pada suatu hari  A mendapat undangan ke majlis mkn malam yg diadakan di sebuah hotel 5 bintang..Sampai je di hotel tersebut gadis A terus menuju ke dewan dan duduk dimeja yg masih kosong. Sedang mata dia meliar melihat sekeliling, dia terpandang D hadir bersama seorang gadis..Hati A tertanya- tanya siapakah gadis itu lalu air matanya bergenang. A terpaksa keluar sebentar....oleh kerana D kenal A, maka ternampak A dan turut keluar dr dewan tersebut..dan terus memeluk A dr belakang.
A : sob...sob....*cuba lepaskan pelukan D*...sampai hati u xberitau i yg u dah ada gf ek..*pukul badan D dan berpaling ke tempat lain*
D : mana ada..
A : *pandang D sambil masih menangis*...yg dtg dgn u tu siapa?
D : ok2..nanti i explain kat u...*sambil lap air mata A*...gadis tu adalah kwn satu ofis dgn i..dia bkn gf i...gf i hanyalah u sorang dlm hati i..
A : betul ke ni? *masih sedih walaupun air mata dah xmengalir lagi*
D : betul....dah jgn sedih2 k..*sambil peluk A dan berbisik* i love u.. n i'll marry u
A : i love u too *happy sgt2 sampai mengalir air mata*
A dan D pun sama2 masuk  semula ke dewan dan duduk semeja :)

ni sekadar imiginasi ... hehe :)

Thursday 25 October 2012

detik perkenalan aku dgn Dior

Bermula alkisah...pada tahun 2007(klu xsilap) tetiba timbul satu hobi yg xpernah aku lakukan seumur hidup aku iaitu kumpul majalah. majalah yg pertama adalah URTV...jadi kekadang klu singgah kat kedai mesti beli..xmiss tapi ekarang bila dah belajar dah jarang beli majalah...majalah yg kedua aku mula kumpul iaitu mangga pun xpernah miss mesti beli pun sama gak...sekarang jarang beli....hurmmmm......asyik citer ttg majalah bila nak start citer perkenalan dgn Dior...mcm ni....thn 2008 aku beli majalah mangga...ternampak pulak link sosial myspace kat satu ruangan ni....lupa dah apa nama ruangan ni...aku taip salah sorang artis iaitu Azmir Arif punya link myspace, aku add dia..baca punya baca ternampak lagi sorang artis yg bernama Dior...aku skodeng profile dia..aku ingat mat saleh mana...rupa2nya dia seorang berbangsa melayu....seorang penyanyi, komposer dan pengarah kat studio rakaman dia...apa lagi aku add dia...dia approve....aku sambung skodeng n tetiba ternampak facebook dia...xsangka rupa2nya ada facebook....thn 2009 bln mei aku buat akaun facebook...org pertama aku add adalah insan yg bernama Dior dikuti dgn kwn2 yg lain...aku pun mulalah berkenalan...mula2 tanya ttg album dan sebagainya...nak tanya lebih2 segan..maklumlah baru....lepas tu hanya facebook jelah yg aku dok skodeng...akaun myspace dah jarang singgah...dr situ aku mula langkah seterusnya dgn memberi sokongan pd Dior....thn 2010 bln september / oktober kebetulan Dior ada persembahan kat UTM Skudai...niat nak sgt2 jumpa dia...nak sgt tgk mcm mana rupa Dior ni bila diluar...tapi tulah..syg 1000x syg hajat tak kesampaian....belum ada rezeki.....xpe ..cuba lagi...2011 aku fikir xleh jadi asyik jln2 dgn family je..aku nekad utk pegi ke KL...kebetulan aku free pd 29/9 yg juga merupakan birthday Dior....apa lagi pg2 naik bas pegi KL mlm jumpa  kat Station One Cafe...xsangka...hensem rupanya...berbudi bahasa pulak tu...pertama kali jumpa lidah terkelu dan mkn xlalu....mata asyik memandang dia je....perkenalan tu kekal sampai sekarang....kiranya dah nak masuk 5 thn menjadi peminat nombor satu (tu Dior yg ckp ya) dan juga dah jadi kwn rapat dimana aku sentiasa memberi sokongan demi sokongan tidak kira masa tidak kira dari depan brlakang kiri dan kanan....
hurm...itulah saat yg manis perkenalan aku dan Dior...oklah...panjang sgt  ni.....nak post blog seterusnya...zaaasss !! :)

Reunion Ex-SIGS '89

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....salam sejahtera buat semua teman2ku...
waah...lamanya xupdate blog.... lebih kurang 6 bln yg lalu ..bizi dek assignment n study...ni terlanjur ada masa aku  update sikit demi sikit.....first update....ttg reunion ex-SIGS student thn 1989..
Bermulalah alkisah tanggal 29 April 2012 alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi...satu majlis yg meriah dan xakan ku lupa sampai bila2 telah berlangsung dgn jayanya di Hotel Paragon Johor Bahru iaitu "REUNION EX-SIGS 89". Majlis ini bemula pada pukul 2.30 ptg dan berakhir lebih kurang 6 ptg.
Sambil menikmati hidangan tetamu telah dihiburkan dgn pelbagai aktiviti yg disediakan..antaranya cabutan bertuah, permainan musical chair (utk kanak2), pertandingan mama vogue,  pertandingan best dress, permainan musical chair (utk dewasa) pertandingan miss vogue, exchange present.
aku citer serba sedikit ttg aktiviti yg di buat.....cabutan bertuah...sebelum tu aku pegi ambil makanan dulu...makan2 jugak tapi dlm hati haiii...mudah2an adalah rezeki aku...klu xde pun xpelah....masa aku tgh minum air..tetiba terdengar nombor aku naik...aku antara percaya dgn tidak je..xdisangka2 haa....ambik ko...punyalah besar hadiah yg aku terima..acara seterusnya ialah musical chair...permainan ni terdiri dr 10 org kanak2...mereka kena berebut kerusi n bila dah tinggal satu siapa cepat  duduk dialah pemenangnya..bab hadiah semuanya dpt walaupun kalah..seterusnya pertandingan mama vouge..yg dpt tepukan gemuruh itulah pemenangnya dan menerima hadiah utama dan sebuah piala lambang lencana SIGS dan acara ini diselang seli dgn cabutan bertuah. Acara seterusnya ialah best dress diikuti dgn musical chair yg dipersembahkan oleh golongan dewasa..selepas tu pertandingan miss vouge dan aku adalah salah satu pesertanya..nasib baik aku boleh buat ala2 model gitu...
Selepas itu kami bertukar hadiah dan aku telah mendapat hadiah dr safinaz...sebelum majlis berakhir kami semua dihiburkan dgn sebuah lagu keroncong yg didendangkan oleh Adilla Idris...suaranya sungguh merdu xubah dr dulu sampai sekarang..sempat jugak aku beli CD dan buku ttg senaman..selepas tu kami bergambar beramai-ramai dan bergambar mengikut kelas...
jam 6 ptg majlis berakhir...sebelum balik aku jumpa dgn diorang...aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg sudi menjemput aku kemajlis ni..harap dpt bertemu lagi... :)
oklah cukup sampai sini dulu....nak pot blog yg lain pulak...ttatititutu :)

Sunday 1 April 2012

impianku - part 2

1 April 2012 - sekali lagi aku memecahkan rekod peribadiku.....aku pergi ke Plaza Pelangi Johor bahru bukan sahaja utk membeli buku tetapi juga utk menyaksikan persembahan dari penyanyi Malaysia yg terkenal seluruh dunia...baik dlm ngara atau luar negara.Beliau membuat persembahan dari jam 2.30 ptg hingga 4 ptg..xlain xbukan beliau adalah Dior.oklah..aku akan citer detik2 manis berjumpa dgn Dior.....sesampai aku jam 2 ptg di ruang legar Plaza Pelangi.. aku terus menuju kekedai buku dahulu sbb aku nak cari buku ttg undang2...cari punya cari jumpa sebuah lalu beli....jam 2.30 ptg aku turun ke tingkat bawah lalu berlegar legar sambil melihat produk2 ginseng yg didatangkan terus dari korea....aku rasa sebiji gula2 candy dia...nyum2..sedap...terasa ginseng dia.Aku beli sepeket dgn harga RM13.00.Dr situ aku jln2 lagi tetiba ternampak Dior terus aku menyapa beliau....nasib aku kenal Dior..berpeluh aku dibuatnya.....mana xnya terlalu excited..beberapa minit kemudian bermulalah episod hiburan...Dior telah menyampaikan 2 buah lagu dlm bahasa korea ....yg xthnnya...dua kali nyanyi dgn Dior (lagu Mojogun...) kali kedua aku cuba lari tapi xberjaya...hadoii...malu2 meow aku dibuatnya.....sebelum memulakan lagu seterusnya Dior telah membuat aktiviti yg sungguh menarik...haa nak tau apa?ni citernya..Dior telah memilih 2org gadis utk membantunya...salah seorang drnya aku..kali pertama naik stage jadi model.....bertambah gabralah aku tapi aku buat jelah mengikut apa yg telh diarahkan...hehe...bukn setakat jadi model tapi dpt cendera hati dr pihak Geumhong Ginseng yg disampaikan sendiri oleh Dior..sebelum menamatkan majlis, Dior telah sekali lagi menjemput dua org peminat beliau utk menari lagu dangdut yg bertajuk sampai ke lantai bersama beliau dan mereka juga menerima cendera hati yg sama...pendek citer aku terasa happy sgt2 dan enjoy sgt2...harus tido xlena mlm ni kot...haaadooii....apa2 pun aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dior kerana sudi menjemput aku utk menyaksikan persembahan beliau....THAAANNNNKKKK YOOOUUU DIIOOORR....harap dpt berjumpa lagi ya...:)<3<3
haa..itulah citernya...oklah aku stop sini dulu ya...ada citer terbaru aku update lagi ya....bye <3<3..

Friday 16 March 2012

aktiviti seharian dirumah

assalamualaikum & annyonghasaeo,
drp sehari ke sehari nak update blog ni ta p xberkesempatan sbb bizi dgn buat assignment...so sekarang dah ada peluang apa lagi...jari jemari terus menjalankan tugasnya...haaa..ari ni aku akan cerita ttg apa yg aku lakukan setiap hari dirumah dr pagi sampailah aku tidur...almaklumlah..aku ni xkeje so dok diam2 jelah kat rumah...setiap hari aku akan bgn pada pukul 7.30 pagi .Bgn je pagi2  switch on laptop dan online kat facebook  serta twitter...balas komen kwn2 dan juga main farmville.Pukul 8.30 pagi / 9 pagi aku akan turun kebawah dan mandikan mak aku..maklumalah mak aku dah uzur dan hampir semua kerja dah boleh buat sendiri..hanya aku yg dia harapkan.Kdg2 klu dah setiap hari camtu stress juga aku dibuatnya.Selepas tu aku akan bersarapan pagi bersama-sama sambil menonton tv.selepas tu aku akan basuh pinggan dan masukkan baju yg kotor kedalam mesin basuh...klu maid dtg kerumah hurmm jwbnya aku xbuat semua tu..dia yg akan buatkan...lebih kurang dr jam 11 pagi aku akan tercongok dpn laptop sampailah waktu tidur..Tapi lain pulak pada hari Ahad sbb  waktu tu aku akan ke OUM utk menghadiri kuliah.Begitulah serba sedikit ttg roda kehidupanku yg berputar setiap hari..ada masa aku kat bawah ada masa aku kat atas..

Wednesday 14 March 2012

impianku

Setiap insan pasti mempunyai impian masing2. Begitu juga dgn aku. Nak tau apa dia? Haaaaa...jom baca cerita selanjutnya. Puncanya dr laman sosial myspace yg pertama aku buat pada thn 2008...adalah dlm 30 orang kawan dan dua orang daripadanya merupakan artis terkenal. Entah macam mana aku buka salah satu profile artis ni..wah..ada facebook juga artis ni...lalu pada tahun 2009 aku pun buat lagi satu akaun iaitu facebook lalu add 2 orang artis ni dan juga kwn2 yang lain hingga sekarang. Pada mulanya aku ingat artis ni berbangsa cina rupa2nya melayu. Kami pun mula berkenalan. Bila dah 3 tahun berkenalan dan berkawan, aku mula suka padanya. Nak jadikan citer pada suatu malam aku mimpi bertemu dgn artis ni. Aku berharap sangat2 agar suatu hari nanti aku akan bertentang mata dengannya. Kalau nak tau siapa artis ni... itulah dia Mohd Shahril Shaari atau nama glamour beliau ialah Dior..Bila aku citer pada dia tentang mimpi aku kat dia, dia nak sgt2 jumpa dgn aku tapi mcm2 alasan aku beri..Nasib baik Dior ni jenis yg memahami...Itu yng buat aku syg sgt2 kat dia....Suatu hari aku dh pecah rekod...Alhamdulillah tanggal 29/9/2011 aku bertekad utk ke KL dan akhirnya mimpi aku utk berjumpa dengan Dior jadi kenyataan. Aku berasa sungguh gembira xterkata. Aku berterima kasih pada Dior dan BabyNurul Ain yg telah bersusah payah menjemput aku ke majlis harijadi Dior...Aku tak akan lupa saat2 indah ni sampai keakhir hayatku. Semoga berjumpa lagi ya. :)

aktivitiku di KL

29//09/2011(Khamis)
0900 am ~> bertolak ke KL dgn menaiki bas transnasional dr terminal Larkin.
1330 pm ~> sampai di Terminal Bersepadu Selatan dan terus menuju ke OUM.
1730 pm ~> pulang kerumah sepupuku di Templer
2000 pm ~> menuju ke Station One Cafe di Pandan Indah.

30/09/2011 (Jumaat)
0530 am ~> bersiap utk ke OUM dan sarapan pagi.
1730 pm ~> pulang kerumah, mandi, rehat dan tidur

01/10/2011 (Sabtu)
0900 am ~> mengambil ibu saudaraku dan menuju ke masjid utk menghadiri kelas tambahan pelajar   
                    sekolah rendah.
1130 am ~> jamuan sempena hari raya
1200 pm ~> hantar ibu saudaraku pulang dan pulang kerumah sepupuku. kemas brg utk kerumah bapa
                    saudaraku pula.
2000 pm ~> sampai dirumah terus rehat, mandi dan tidur.

02/10/2011 (Ahad)
0930 am ~> bertolak ke Pahang
1430 pm ~> sampai dirumah kwn bapa saudaraku, mkn tghari dan buat lawatan ke ladang kelapa sawit.
1630 pm ~> bertolak balik ke KL.
2130 pm ~> sampai KL terus pegi mkn mlm di sebuah restoran di Kg Sg Penchala. balik pack brg utk my
                     mum.

03/10/2011 (Isnin)
0600 am ~> bersiap2 utk pulang ke JB
0630 am ~> menuju ke Terminal Bersepadu Selatan dan sarapan disitu.
0730 am ~> menaiki bas transnasional utk ke JB.
1130 am ~> sampai di JB dan terus pulang kerumah.