Thursday 25 October 2012

Reunion Ex-SIGS '89

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....salam sejahtera buat semua teman2ku...
waah...lamanya xupdate blog.... lebih kurang 6 bln yg lalu ..bizi dek assignment n study...ni terlanjur ada masa aku  update sikit demi sikit.....first update....ttg reunion ex-SIGS student thn 1989..
Bermulalah alkisah tanggal 29 April 2012 alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi...satu majlis yg meriah dan xakan ku lupa sampai bila2 telah berlangsung dgn jayanya di Hotel Paragon Johor Bahru iaitu "REUNION EX-SIGS 89". Majlis ini bemula pada pukul 2.30 ptg dan berakhir lebih kurang 6 ptg.
Sambil menikmati hidangan tetamu telah dihiburkan dgn pelbagai aktiviti yg disediakan..antaranya cabutan bertuah, permainan musical chair (utk kanak2), pertandingan mama vogue,  pertandingan best dress, permainan musical chair (utk dewasa) pertandingan miss vogue, exchange present.
aku citer serba sedikit ttg aktiviti yg di buat.....cabutan bertuah...sebelum tu aku pegi ambil makanan dulu...makan2 jugak tapi dlm hati haiii...mudah2an adalah rezeki aku...klu xde pun xpelah....masa aku tgh minum air..tetiba terdengar nombor aku naik...aku antara percaya dgn tidak je..xdisangka2 haa....ambik ko...punyalah besar hadiah yg aku terima..acara seterusnya ialah musical chair...permainan ni terdiri dr 10 org kanak2...mereka kena berebut kerusi n bila dah tinggal satu siapa cepat  duduk dialah pemenangnya..bab hadiah semuanya dpt walaupun kalah..seterusnya pertandingan mama vouge..yg dpt tepukan gemuruh itulah pemenangnya dan menerima hadiah utama dan sebuah piala lambang lencana SIGS dan acara ini diselang seli dgn cabutan bertuah. Acara seterusnya ialah best dress diikuti dgn musical chair yg dipersembahkan oleh golongan dewasa..selepas tu pertandingan miss vouge dan aku adalah salah satu pesertanya..nasib baik aku boleh buat ala2 model gitu...
Selepas itu kami bertukar hadiah dan aku telah mendapat hadiah dr safinaz...sebelum majlis berakhir kami semua dihiburkan dgn sebuah lagu keroncong yg didendangkan oleh Adilla Idris...suaranya sungguh merdu xubah dr dulu sampai sekarang..sempat jugak aku beli CD dan buku ttg senaman..selepas tu kami bergambar beramai-ramai dan bergambar mengikut kelas...
jam 6 ptg majlis berakhir...sebelum balik aku jumpa dgn diorang...aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg sudi menjemput aku kemajlis ni..harap dpt bertemu lagi... :)
oklah cukup sampai sini dulu....nak pot blog yg lain pulak...ttatititutu :)

No comments:

Post a Comment