Monday 7 January 2013

ada cinta dihatiku

Illusiku yang ke-2 :

D,
Izinkan aku berbicra sepi dan anggaplah ia sebagai kehadiran diriku.
aku tidak pernah menyesali dengan erti sebuah pertemuan antara kita. Setelah betemu itulah aku telah singgah bersama-sama, menghias kenangan semalam sehinggakan aku menjadi cemburu untuk kehilangan dirimu.
Tidak keterlaluan aku berani menyatakan, kau yang pertama dan kau yang terakhir.
Segala pahatan cinta tersemat dilubuk hati dan kau sanggup membenteng diri untuk mendepani hari-hari mendatang.
Kata janji manismu semuanya telah dimeterikan penyaksian rembulan.
kadangkala apabila aku terpaksa bersendirian untuk sementara, sudah mencuit kelopak mata untuk menangisi walaupun seketika.
Sayang, jangan sesekali kau lukakan hatiku kerana aku bersumpah tidak akan menerima jejaka lain sekiranya kau pergi membiarkan aku sendiri
Akulah perindu sepi pada segala yang mungkin....dan selalu ternanti-nanti kau datang dengan sebentuk cincin.
Aku tidak ingin menyendiri kerana ku telah menjumpai cinta yang abadi.
Dipantai sana, diebuah batu telah kutulis namamu, sebagai lambang kasih kita, biar sesiapa sahajayang menyusur tepian pantai tahu, kita telah berpadu.
untuk coretan terakhir ini marilah kita kutip salam sayang yang sedang memiliki hati kita.


pernyataan rindu yang membungkam

assalamualaikum, hai, annyong semua,
harap anda semua ok2 ya..ari ni nak berillusi pulak...asyik kisah benar je...nilah postnya :

Selama kau pergi sudah terlalu banyak bait syair dan puisi dari suara hati telah ku rakamkan. Ia bermula dari babak asmara dan saat2 indah yg  telah kita lalui dan tempuhi suatu waktu dahulu.
 Setiap kali aku merenung kembali kenangan itu, ada rindu di hati berbau gembira tersedakkan duka pilu.
 Peristiwa pada bulan September itu adalah kenangan  yang memulakan sejarah indah dalam kehidupanku. Tanpa disangka-sangka petemuan yang singkat itu telah mengheret kemesraan yang terlalu panjang antara kita. Walaupun ketika ini heretan itu terhenti, namun aku masih pasrah, kau akan menjulangnya hingga sampai ke destinasi.

Ketahuilah sayang, betapa teguhnya hati dan harapanku dan hidup ini amat penuh erti kasihnya padaku.

Setiap kali aku menjelajah senja yang sering berlabuh, aku bagai merasakan kau berada di sebelahku sambil memerhati helang petang pulang berpasangan.
Aku terpukau dengan pasangan alam seperti itu dan lahir perasaan cemburu. Pernah juga aku cuba melambai-lambai tangan pada warna-warna senja yang indah dan ia melambai semula mewakilimu. Aku menjeri kuat2 pabila senja berkata dia tidak boleh menunggu kerana malam sedang bersiap-siap untuk menyerkup alam.
Aku berpesan pada angin bayu yang lalu, kalau terlihat bayanganmu, usapkan doa sayangku. tetapi angin berpesan supaya berkirim rindu pada malam nanti.
Nampaknya malam datang begitu sepi, akku erba salah untuk menanti dan memberi kiriman hati.
Apa harus kubuat sedangkan cinta padamu tidak mahu lena, walau waktu sudah lenguh untuk menunggu di persada.
Inilah saja caranya untuk aku menembusi tembok rindu dan aku harap dapat kau menikmati tulisan ini ebagai ulam pada yang rindu.......di gerimis malam.