Monday 7 January 2013

ada cinta dihatiku

Illusiku yang ke-2 :

D,
Izinkan aku berbicra sepi dan anggaplah ia sebagai kehadiran diriku.
aku tidak pernah menyesali dengan erti sebuah pertemuan antara kita. Setelah betemu itulah aku telah singgah bersama-sama, menghias kenangan semalam sehinggakan aku menjadi cemburu untuk kehilangan dirimu.
Tidak keterlaluan aku berani menyatakan, kau yang pertama dan kau yang terakhir.
Segala pahatan cinta tersemat dilubuk hati dan kau sanggup membenteng diri untuk mendepani hari-hari mendatang.
Kata janji manismu semuanya telah dimeterikan penyaksian rembulan.
kadangkala apabila aku terpaksa bersendirian untuk sementara, sudah mencuit kelopak mata untuk menangisi walaupun seketika.
Sayang, jangan sesekali kau lukakan hatiku kerana aku bersumpah tidak akan menerima jejaka lain sekiranya kau pergi membiarkan aku sendiri
Akulah perindu sepi pada segala yang mungkin....dan selalu ternanti-nanti kau datang dengan sebentuk cincin.
Aku tidak ingin menyendiri kerana ku telah menjumpai cinta yang abadi.
Dipantai sana, diebuah batu telah kutulis namamu, sebagai lambang kasih kita, biar sesiapa sahajayang menyusur tepian pantai tahu, kita telah berpadu.
untuk coretan terakhir ini marilah kita kutip salam sayang yang sedang memiliki hati kita.


No comments:

Post a Comment